Aku, Birai dan Akai-akai
Aku berasal dari kampung Kuala Apas,Tawau Sabah...yang penduduk asalnya adalah dari suku kaum Tidung(sebelah emak) ,cina dan lain-lain.Walaupun kampung kuala Apas belum tercemar dengan arus pembangunan,tapi kebanyakan penduduknya berfikiran kedepan seiring dengan arus pembangunan yang di perintah oleh kerajaan.
Apa yang ingin aku kongsi kan adalah hasil tepi pantai iaitu birai dan akai-akai(belum aku jumpa lagi nama saintifiknya) birai seperti gambar di atas berbentuk segitiga kipas dan akai-akai bersize kecil.Aku amat mengemari birai terutama kebong anak ku yang kedua.Istimewa nya tentang birai sepanjang tahun penduduk tempatan termasuk aku dan keluargaku dan orang dari luar akan datang mengisi waktu hujung minggu atau cuti kelepasan Am mencari birai di pantai Kuala Apas.Adakalanya si pencari birai boleh mendapat hasil hingga 50kg karung beras.Itu pengalaman yang pernah ku lalui. Ada yang mencari untuk di makan termasuk aku la...ada juga yang menjadikan birai sebagai sumber pendapatan sampingan..Bagi penduduk kampung, sungai Kuala Apas dan penduduk tepian sungai Kuala Apas amat mudah untuk menuju ketepian pantai melalui sungai hingga ke laut...apa lagi yang memiliki perahu dan kenderaan darat pun boleh di gunakan hingga ke tepi pantai iaitu masih kawasan perkampungan..Sekarang aku belum lagi menetap terus di kampung..ada kalanya aku amat merindui suasana kehidupan kampungku..
No comments:
Post a Comment