Saturday, 8 September 2012

KAD RAYA DARI *TEMASEK*

Assalamualaikum....hi!! Masih dalam mood raya coz ada lagi jemputan untuk rumah terbuka hingga ke penghujung syawal 2012.
Mesti korang pelik dengan title yang mila buat tu kan...
Walaupun zaman sekarang dah canggih dengan alat perhubungan telekomunikasi....Telefon dan Internet....
Sebenarnya mila dapat kad ucapan hariraya dari Singapura.
Nak tahu dari siapa sudah tentulah dari suami yang tercinta yang jauh di kepulauan Temasek(Spore)....Tahun ni tak dapat beraya bersama suami yang jauh di sana...Apapun mila amat terharu dan gembira dengan kad ucapan hariraya dari my love hubby....

p/s macam dulu2kan tapi kenyataannya kita masih memerlukan perkhidmatan pos:)TERIMA KASIH POS MALAYSIA DAN SINGAPORE POST
 
Terubat rasa rindu di hati^_^
 
p/s:di simpan buat koleksi sebagai tanda ingatan..kalau di telefon n internet boleh di delete^_~
 
Salam Syawal dari mila:)
 



Monday, 3 September 2012

USIA...

 

Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.Terima kasih untuk segalanya yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepada hamba Mu...dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.
Engkau tetap menerima walau terkadang diri ini alpa, lupa, tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu...Engkau tetap melindungi hamba Mu walaupun terkadang  kalut merungut ketika saat-saat lemah diri ini datang.Hamba Mu tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang hamba Mu yang lemah ini terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.
Ampunkan hamba Mu Ya Allah apabila hamba Mu merintih nasib di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus  mengadu? Hamba mu tidak pernah menyesali kewujudan diri ini Ya Allah...namun diri ini hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya diri ini kurang kesabaran. Ada masanya diri ini goyah keimanan. Ada masanya diri ini hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.
Ya Muhaimin...pimpinlah tangan hambaMu ini...pimpinlah hati hambaMu ini...pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus... sebagai hambaMu yang hina dina, diri ini takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah diri ini... bimbinglah diri ini sentiasa agar hamba Mu ini mampu meniti titian siratulmustakim Mu dengan tenang dan mudah tanpa cela.
Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar... peliharalah hamba Mu ini agar terus berpegang teguh pada taliMu.
Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.
Amin Ya Rabbul Alamin.
 
...........mila 03.09.1976