Monday, 3 September 2012

USIA...

 

Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.Terima kasih untuk segalanya yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepada hamba Mu...dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.
Engkau tetap menerima walau terkadang diri ini alpa, lupa, tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu...Engkau tetap melindungi hamba Mu walaupun terkadang  kalut merungut ketika saat-saat lemah diri ini datang.Hamba Mu tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang hamba Mu yang lemah ini terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.
Ampunkan hamba Mu Ya Allah apabila hamba Mu merintih nasib di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus  mengadu? Hamba mu tidak pernah menyesali kewujudan diri ini Ya Allah...namun diri ini hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya diri ini kurang kesabaran. Ada masanya diri ini goyah keimanan. Ada masanya diri ini hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.
Ya Muhaimin...pimpinlah tangan hambaMu ini...pimpinlah hati hambaMu ini...pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus... sebagai hambaMu yang hina dina, diri ini takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah diri ini... bimbinglah diri ini sentiasa agar hamba Mu ini mampu meniti titian siratulmustakim Mu dengan tenang dan mudah tanpa cela.
Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar... peliharalah hamba Mu ini agar terus berpegang teguh pada taliMu.
Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.
Amin Ya Rabbul Alamin.
 
...........mila 03.09.1976

Wednesday, 29 August 2012

MUHAMMAD NASRI JANTUNG HATIKU

14 tahun 29/08/2012
 
Kebeng ketika masih bayi..
 
Kebeng kini test suara mahu challenge ibu:p
 
Kebeng sudah pandai main bowling hihi..
 
Kebeng dengan gayanya...
 
Besar sudah anak ibu..
 
Kebeng dengan neneknda tercinta @ mamak
 
Apapun Selamat Hari Lahir yang ke14 tahun putera sulungku..Semoga perjalanan hidupmu yang penuh warna warni akan sentiasa indah...Semoga panjang umur murah rezeki berjaya dunia dan akhirat amin...
 
Ikhlas dengan penuh kasih sayang dari
seorang yang bernama ibu with luv...
 
 
 
 
 
 
 

Saturday, 25 August 2012

prelaunchX Invitation

27/08/2012 tarikh pelancaran X prelaunchX
prelaunchX Invitation: You're invited to join  prelaunchX

Percuma je tau,,apa salahnya kita cuba... saya pun dah ada akaun x prelaunch x.

Wednesday, 22 August 2012

Aidilfitri 2012

Salam Aidilfitri yang mulia,,belum terlambat lagi coz masih dalam mood raya(syawal). Lama mila tak update blog terlalu busy la katakan.Sempena bulan syawal ni mila memohon ampun dan maaf buat kedua ibubapa keluarga sahabat handai dan rakan2 taulan di luar sana dan semua. Sekiranya ada post2 mila atau kata-kata yang menyinggung perasaan^_^

Raya kali ni mila kurang tangkap photo coz terlalu busy. Tahun ni mila beraya kat kampung Tawau Sabah. Dari raya pertama hingga syawal ke 4 tak menang tangan. Kat kampung mila tak ada istilah temujanji dalam masa sebulan saudara n teman2 akan dtg beraya. Jadi kita yang kena pandai2 atur masa..

Raya ke2 nak beraya ke rumah bapa saudara(adik d sebelah n yg duduk belakang tu kebong hero ke2 hihi..
 
Gambar keluarga mila.
 
 
 
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


Sunday, 15 July 2012

MILA DAN 'APAM ENO'

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA SEMUA :)
KALI NI MILA NAK KONGSI CERITA BERKAITAN TAJUK DI ATAS..APAM ENO???? MESTI ADA YANG TAHU DAN ADA YANG ???.. SO KALI NI MESTI KORANG TIDAK PERCAYA YA..MILA BOLEH MENGHASILKAN APAM ENO...BILA JARI JEMARI MILA SUDAH PANDAI MASAK.ADA RAHSIA DI SEBALIK APAM ENO INI..BILA MILA SUDAH CERITAKAN TIDAK LAGI MENJADI RAHSIA NGEE...HA...GAMBAR DI BAWAH NI LA APAM ENO YANG TELAH MILA BERJAYA HASILKAN ADIK YANG AMBIL GAMBAR  TAPI MILA AMBIK DARI DIA BALIK HAHA,,,

TENGOK DI GAMBAR TU SIAP BERBENTUK H LAGI ADA-ADA JAK CIK NOY NI...SEBENARNYA MAK MILA(MAMY) SUKA SANGAT APAM ENO NI DULU TIAP-TIAP TAHUN TIME RAMADAHAN MESTI BELI PUNYA..INSYAALLAH TAHUN NI KENA ORDER DARI MILA LA YA HAHA(GURAU JAK) MILA BELAJAR BUAT APAM ENO DARI ALAM MAYA TAU JENG JENG JENG...HIHI...TERIMA KASIH DENGAN My Resipi.com COZ MILA AMBIK DARI SITU LA...TIDAK TERUS JADI TAU 5 PAKET CUBA(TIAP SATU PAKET 400GRAM) BARU MENJADI DAN CARA-CARA TU COPY DARI KOMEN-KOMEN DI BLOG My Resipi.com. TQVM MY RESEPI DAN PARA PENGOMENNYA^_^

Monday, 2 July 2012

Mila dan EURO 2012

Sempena EURO 2012 subuh tadi, mila pun tidak melepaskan peluang utk menyaksikan perlawanan akhir antara Spanish vs Italy.Lepas Isyak semalam terus tidur pasang alarm jam 2.50am mula berjaga.Ternyata Sepanyol yang menang penuh bergaya 4-0.
                                                     
                               Super dad Fernando Torres                                  
Sempat meluangkan masa dengan dua anaknya...
                                  
                                  Gambar pemain Spanish
David Silva penjaring gol pertama



Jordi Alba penjaring gol kedua



Fernando Torres penjaring gol ketiga



Juan Mata penjaring gol keempat

Sebenarnya mila tidak memilih mana-mana pasukan kerana mila peminat permainan bolasepak sama ada dalam negeri atau luar negara.Apa lagi Spanish, Itali, Brazil, German dan portugal adalah pasukan kegemaran mila..Teringat dengan si dia (sapa lagi my suami tercinta) mempunyai hobi yang sama.So itulah ada Chemistry amboiii,,,ermmm jam 6am tadi sambung tidur sekejap..maklomla isteri merangkap ibu kepada 3heroes...^_^

Saturday, 16 June 2012

Cuti-cuti Sem 1

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,,,Sekolah sudah pun bermula,,,Sebenarnya mila ingin kongsi percutian mila dengan anak-anak dan keluarga pada cuti semester 1 baru-baru ni.Lokasi percutian kami ialah Kota kinabalu Sabah..31 May-5 June 2012.

                                          shamil dengan gayanya,,,                                                             
Kami menaiki bas ekspress dari Tawau ke Kota kinabalu.Mila dan anak-anak(kebeng,kebong dan shamil).Manakala adik dyan dan 2 orang puterinya pawan dan nissa.Perjalanan kami mengambil masa lapan jam.Seronok jugak sekali sekala menaiki bas dengan jarak yang jauh walaupun terasa penatnya.

                                           Adik dyan dan 2 puterinya yang cumil hihi,,


                                          Pawan pose dalam bas,,



(lepak dengan anak-anak dan anak sedara) 
Hari pertama di Kota kinabalu,kami stay di CourtYard Hotel 1Borneo.



View dari bilik,,1Borneo,kalau cuaca tidak mendung,setiap pagi mesti nampak gunung kinabalu,,

                              

                                Mila kebeng kebong shamil dan pawan,,


                                                                    Dyan pawan n nissa,,


                                                          Cuci mata di 1Borneo Hypermall,,


Break1,,shamil minum jus jambu merah hihi,,



Amboii,,,pawan sarapan bubur nasi n susu,,,


Sempat lagi berkaraoke dengan kebeng,,test power lagu kehilangan,,



Ibu n kebeng(anak sulung)



cewah,,,lepas ni kita sesat 1komplek 1B d raun haha,,



Time to cekout(change another hotel near city centre)


Klagan Hotel Waterfront Kota Kinabalu,,



Suka sangat seaview dari room tmt kami stay,,Klagan Hotel.



Santai pawan n shamil,,



Adorabale Nur Syaffiya Annisa@ Nisa,,


Sempat melawat keluarga,,semua di gambar my sister n nephew n niece,,


Perdana Park Tanjung Aru,Kota kinabalu,,air bertukar warna n ada muzik,,


Dyan nisa,shamil,kebeng n Remy,,


Mila,Dyan n Nisa berlatarkan pemandangan lampu di kolam,,,


Hari terakhir di KK,Sempat lg main bowling,,lebih 15 tahun br dapat bermain bowling lagi tulah kalah hihi,,,


Muhammad Nasri @ Kebeng antara pesaing mila,,



Mohd Nazri Aqmal@ Kebong anak kedua pemalu,,x mahu d ambik picnya,,



Sebelum berangkat balik ke Tawau,,



Sponsor utama percutian kami adik Dyan n suami,,semoga rezekimu sentiasa melimpah ruah,,hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya,,,


Mila & Shamil,,
Sekian with luv,,,Mila,,,