Wednesday, 3 October 2012
Tuesday, 2 October 2012
Kata-kata pujangga
"Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang barulah manusia benar-benar terasa."
"Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, tetapi tidak semua perpisahan akan menjanjikan akan adanya pertemuan semula sesudah perpisahan itu."
"Hidup di dunia ni hanyalah sementara..jadi teruskan kehidupan tanpa memandang ke belakang..kerana kita tidak boleh dibayangi mimpi semalam"
"Tiada manusia yang bergembira sepanjang masa tetapi ianya bukanlah suatu alasan untuk hidup sengsara"
Saturday, 8 September 2012
KAD RAYA DARI *TEMASEK*
Assalamualaikum....hi!! Masih dalam mood raya coz ada lagi jemputan untuk rumah terbuka hingga ke penghujung syawal 2012.
Mesti korang pelik dengan title yang mila buat tu kan...
Walaupun zaman sekarang dah canggih dengan alat perhubungan telekomunikasi....Telefon dan Internet....
Sebenarnya mila dapat kad ucapan hariraya dari Singapura.
Nak tahu dari siapa sudah tentulah dari suami yang tercinta yang jauh di kepulauan Temasek(Spore)....Tahun ni tak dapat beraya bersama suami yang jauh di sana...Apapun mila amat terharu dan gembira dengan kad ucapan hariraya dari my love hubby....
Mesti korang pelik dengan title yang mila buat tu kan...
Walaupun zaman sekarang dah canggih dengan alat perhubungan telekomunikasi....Telefon dan Internet....
Sebenarnya mila dapat kad ucapan hariraya dari Singapura.
Nak tahu dari siapa sudah tentulah dari suami yang tercinta yang jauh di kepulauan Temasek(Spore)....Tahun ni tak dapat beraya bersama suami yang jauh di sana...Apapun mila amat terharu dan gembira dengan kad ucapan hariraya dari my love hubby....
p/s macam dulu2kan tapi kenyataannya kita masih memerlukan perkhidmatan pos:)TERIMA KASIH POS MALAYSIA DAN SINGAPORE POST
Terubat rasa rindu di hati^_^
p/s:di simpan buat koleksi sebagai tanda ingatan..kalau di telefon n internet boleh di delete^_~
Salam Syawal dari mila:)
Monday, 3 September 2012
USIA...
Terima
kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk
setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang
Engkau turunkan.Terima kasih untuk segalanya yang Engkau anugerahkan.
Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepada hamba Mu...dan terlalu
sedikit pengabdianku terhadapMu.
Engkau
tetap menerima walau terkadang diri ini alpa, lupa, tersilap dan khilaf
menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu...Engkau
tetap melindungi hamba Mu walaupun terkadang kalut merungut ketika saat-saat
lemah diri ini datang.Hamba Mu tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun
terkadang hamba Mu yang lemah ini terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.
Ampunkan
hamba Mu Ya Allah apabila hamba Mu merintih nasib di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu,
kepada siapa lagi harus mengadu? Hamba mu tidak pernah menyesali kewujudan diri ini
Ya Allah...namun diri ini hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya diri ini kurang
kesabaran. Ada masanya diri ini goyah keimanan. Ada masanya diri ini hampir terikut
bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali
jauh daripada kesesatan.
Ya
Muhaimin...pimpinlah tangan hambaMu ini...pimpinlah hati hambaMu
ini...pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan
kebenaran. Ya Al Quddus... sebagai hambaMu yang hina dina, diri ini takkan mungkin
mencapai sempurna, tapi kasihanilah diri ini... bimbinglah diri ini sentiasa agar hamba Mu ini
mampu meniti titian siratulmustakim Mu dengan tenang dan mudah tanpa cela.
Terima
kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah
Ya Maha Besar... peliharalah hamba Mu ini agar terus berpegang teguh
pada taliMu.
Terimalah
permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.
Amin
Ya Rabbul Alamin.
...........mila 03.09.1976
Wednesday, 29 August 2012
MUHAMMAD NASRI JANTUNG HATIKU
14 tahun 29/08/2012
Kebeng ketika masih bayi..
Kebeng kini test suara mahu challenge ibu:p
Kebeng sudah pandai main bowling hihi..
Kebeng dengan gayanya...
Besar sudah anak ibu..
Kebeng dengan neneknda tercinta @ mamak
Apapun Selamat Hari Lahir yang ke14 tahun putera sulungku..Semoga perjalanan hidupmu yang penuh warna warni akan sentiasa indah...Semoga panjang umur murah rezeki berjaya dunia dan akhirat amin...
Ikhlas dengan penuh kasih sayang dari
seorang yang bernama ibu with luv...
Saturday, 25 August 2012
prelaunchX Invitation
27/08/2012 tarikh pelancaran X prelaunchX
prelaunchX Invitation: You're invited to join prelaunchX
Percuma je tau,,apa salahnya kita cuba... saya pun dah ada akaun x prelaunch x.
prelaunchX Invitation: You're invited to join prelaunchX
Percuma je tau,,apa salahnya kita cuba... saya pun dah ada akaun x prelaunch x.
Wednesday, 22 August 2012
Aidilfitri 2012
Salam Aidilfitri yang mulia,,belum terlambat lagi coz masih dalam mood raya(syawal). Lama mila tak update blog terlalu busy la katakan.Sempena bulan syawal ni mila memohon ampun dan maaf buat kedua ibubapa keluarga sahabat handai dan rakan2 taulan di luar sana dan semua. Sekiranya ada post2 mila atau kata-kata yang menyinggung perasaan^_^
Raya kali ni mila kurang tangkap photo coz terlalu busy. Tahun ni mila beraya kat kampung Tawau Sabah. Dari raya pertama hingga syawal ke 4 tak menang tangan. Kat kampung mila tak ada istilah temujanji dalam masa sebulan saudara n teman2 akan dtg beraya. Jadi kita yang kena pandai2 atur masa..
Raya kali ni mila kurang tangkap photo coz terlalu busy. Tahun ni mila beraya kat kampung Tawau Sabah. Dari raya pertama hingga syawal ke 4 tak menang tangan. Kat kampung mila tak ada istilah temujanji dalam masa sebulan saudara n teman2 akan dtg beraya. Jadi kita yang kena pandai2 atur masa..
Raya ke2 nak beraya ke rumah bapa saudara(adik d sebelah n yg duduk belakang tu kebong hero ke2 hihi..
Gambar keluarga mila.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin
Subscribe to:
Posts (Atom)