Friday, 25 April 2014

Idola ku adalah mummy ku number one for me:)

Kasih sayang IBU mamak... Mommy...mie...tiada tandingan nya di dunia ini.
Bila aku sudah menjadi seorang IBU baru lah aku tahu betapa tingginya pengorbanan seorang IBU.
Mommyku bukanlah seorang bintang terkenal dengan kehidupannya yang gemerlapan.
Mommyku hanya seorang wanita biasa. Tetapi aku sangat mengidolakan mommyku kerana kata dan nasihat yang selalu dikatakannya padaku...itu lah mommyku mamak Dan mie penganti kepada mak atau IBU....

Warna warni kehidupanku IBU...

Saturday, 15 March 2014

Alhamdulillah hujan... Aku dan kasut

Alhamdulillah...hujan...

Beberapa hari yg lalu aku telah membeli kasut baru utk mengantikan kasut Ku yg aku pakai lebih setahun lalu yg telah haus.

Dalam hati Ku berkata Aku mesti beli kasut baru sebelum hujan turun.

Alhamdulillah keesokan hari setelah membeli kasut baru hujan pun turun...

Terima kasih ya Allah atas kebesaran mu...

Sunday, 2 March 2014

2014...

Assalamualaikum...selamat sejahtera...

Alhamdulillah dapat lagi mila update blog ya...di tahun 2014...
Apa yg mila mahu kongsikan mila sudah mendapatkan buku Cerita Cinta Ahmad Ammar. Ermm belum habispun mila membacanya...
Nanti mila cerita lagi ya..
Semakin seronok membacanya
...dan  banyak manfaatnya...
Bye...jumpa lagi...

Wednesday, 18 September 2013

Kenangan September...siri ke 2

Memori bergambar Trip ke semporna

                              Perjalanan kami bermula selama 1 jam lebih...


                                   Sudah memasuki sempadan semporna


                                   Alhamdulillah sampai ke destinasi


                                      Ikan besar...mcm saiz shamil haha...


                                          Beautiful view...


                                          ....


                                          Norsiah n fauziah peace...


                                          wah pose dengan aunty :)


                                          Lagi...


                            Bff yg sentiasa awet muda dia ni sebenarnya kembar hihi pecah rahsia


                                                    Mila...


                                          Floating dragon inn resort semporna


                                          Jalan jalan


                                                    bf forever...


                                          Tiket kalau mahu tengok ikan besar


                                          3..4.. klik.


                                          :)


                                                    :D


                                          Tiba tiba hujan turun...
Selamat tinggal Semporna...
Sekian Terima kasih...


 

Kenangan September..

Hanya memori bergambar :) one borneo kota kinabalu

                                                 dyan n nissa


                                                    mandi manda


                                               siok bah mandi


                                                    ibu & kebeng


shamil
 
 
pawan n abg bebeng
 

                                           USM view dr apartment


                                          ronda2 sempat posing


                                         seafood tarikan pelancong asing


                                                    my sis cik noy :p


                                       my love my happinesse my everything my mom muahh


                                                    my kebong muahhh...


                           view mount kinabalu gunung yg tertinggi di asia
                           pemandangan pagi hari terakhir di kota kinabalu bye!kk

Terima Kasih :D

Tuesday, 3 September 2013

Terima kasih...

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Sempena hari lahir saya  3 September 2013
Terima Kasih kepada semua kawan-kawan yang ucapkan Selamat Hari Lahir buat saya. Saya hargai setiap ucapan. Termasuk keluarga yang ucap doakan segala kebaikan untuk saya di dunia dan akhirat nanti. Doakan saya menjadi lebih baik dari sebelum ini. Mohon maaf untuk segala keterlanjuran bicara dan sikap yang menyakitkan hati kalian. Tegur saya untuk mana-mana perbuatan yang saya lakukan itu apabila salah.

Terima kasih buat adik @dyana dyan kerana belanja makan di Sri Pantai Tawau.

InsyaAllah, saya akan kembali mencoret di sini selagi terdaya. Kerana saya yakin bahawa suatu tinta itu akan menghasilkan apa yang terkandung di dalam kalbu. Moga-moga apa yang dizahirkan dari isi hati saya ini elok belaka dan bermanfaat buat semua terutama buat ingatan diri saya sendiri. Saya bersedia untuk kembali beraksi bila bila masa...

salah satu ucapan di facebook dari rakan lathy manan :D
                                                                                                   
 
6377743080555530 jeng jeng jeng... nombor apakah ini...ha..sudah dua tahun berturut2 terima hadiah sempena hari jadi. Dari seorang sahabat facebook yang edit2 gambar di atas tu lah hihi. Nama dia lathy manan di facebook, lathy tinggal di Kuala Lumpur dengan family. Apapun bukan hadiah yang menjadi keutamaan untuk saya cukup lah keikhlasan dan ingatan.

Sayang semua Terima kasih...
 

Tuesday, 20 August 2013

Anugerah Allah SWT (pembunuh senyap)

 Bismillahir Rahmanir Rahim

Di sah kan penghidap penyakit darah tinggi ketika berusia 18 tahun 1996....Alhamdulillah Allah masih panjangkan usia hingga ke hari ini....2013

Dan pembawa Anemia kerana tidak menjaga pemakanan Alhamdulillah dengan izinnya masih dapat bernafas di dunia ini...
"... Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri ..."

Jadi mila nak share info pasal hipertensi ni, ni pun copy n paste n yg mila tahu sikit lebih kurang sama :)

TEKANAN DARAH TINGGI
Tekanan darah adalah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung. Darah tinggi atau Hipertensi (Inggeris = Hypertension) merujuk kepada Tahap tekanan darah yang meningkat lebih tinggi dari tahap biasa secara kronik. Pesakit yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90 mmHg semasa berehat dijangka mempunyai keadaan darah tinggi.
Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan anda. Jika tekanan darah anda tinggi, doktor anda akan memeriksa semula tekanan darah anda untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan darah anda yang sebenar.
Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut - 120 /80 mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik. Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.
(copy&paste dari Wikipedia)

Jenis-jenis Hipertensi
1. Hipertensi Primer – Ini membentuk sebahagian besar dari hipertensi-hipertensi. Punca  peningkatan tekanan adalah tidak diketahui. Akan tetapi, faktor-faktor risiko adalah :-
      Sejarah hipertensi dalam keluarga.
         Kegemukan.
         Pengambilan garam dan alkohol yang melampau.
         Merokok
         Tekanan yang melampau.
2. Hipertensi Sekunder – Bentuk ini, seperi yang digambarkan oleh namanya, adalah peningkatan tekanan darah disebabkan oleh punca-punca/penyakit-penyakit yang lain seperti:- 
       Penyakit-penyakit Ginjal.
       Penyakit-penyakit  Endokrin.
       Disebabkan Ubat.
       Kecacatan kelahiran.
       Punca-punca lain.
 Komplikasi-komplikasi
Tekanan darah tinggi (kadang-kadang dirujuk sebagai “pembunuh senyap”) harus dipantau selalu dan dirawat oleh seorang doktor. Jika tidak dikesan atau jika tidak dirawat dengan betul, ia boleh membawa kepada komplikasi-komplikasi seperti :-
         Strok – yang berlaku apabila salur darah ke otak disekat, bocor dan pecah.
         Jantung – salur darah yang membekalkan otot-otot jantung disekat sepenuhnya.
         Kegagalan jantung – jantung tidak dapat mengepam darah dengan secukupnya.
         Kerosakan Ginjal.
         Kerosakan Mata.
Tanda-tanda dan Gejala-gejala
Biasanya, pada hipertensi primer atau esensial, tiada gejala-gejala yang dikesan sehinggalah komplikasi berlaku. Terdapat hanya satu cara untuk mengesan hipertensi iaitu dengan selalu memeriksa tekanan darah. Anda harus berjumpa dengan doktor anda jika anda mengalami mana-mana atau semua yang berikut :-
         Tekanan diastolik melebihi 90mm Hg.
         Pembengkakkan pada pergelangan kaki atau jari.
         Tercungap-cungap.
         Pandangan yang kabur.
         Pendarahan di hidung yang sering berulang.
         Sakit kepala yang berterusan.
         Pening.
Rawatan
Rawatan serta-merta dan kerap dari seorang doktor adalah perlu dan terdapat pelbagai jenis ubat pada masa kini. Gaya hidup yang sihat perlulah diikuti untuk seseorang itu menjalani kehidupan yang normal. Gaya Hidup yang sihat
         Elak dari menjadi gemuk.
         Kurangkan pengambilan garam, lemak dan gula.
         Makan makanan yang seimbang dengan melebihkan bahagian buah-buahan, sayur-
          sayuran dan bijirin – bijirin.

         Hadkan pengambilan minuman beralkohol kepada 1-2 minuman sehari.
         Senam selalu tetapi jangan melakukannya secara melampau.
         Belajar untuk beristirehat.
         Periksa tekanan darah anda selalu. Jika umur anda melebihi 40 tahun, lakukannya
        setahun sekali atau lebih kerap jika hipertensi telahpun dikesan.

 Tabiat-tabiat Untuk Diikuti
 Ingat untuk mengambil semua ubat-ubatan seperti yang telah dinasihatkan oleh doktor
 anda.

 Baca label-label pada makanan dan ubat-ubatan dan pilih pilihan yang rendah garam.
 Minta keluarga dan kawan-kawan anda untuk membantu anda mengekalkan gaya hidup
    yang sihat.

Elakkan   
   Makanan yang tinggi lemak dan garamnya.
   Makanan dan ubat-ubatan yang tinggi dalam kandungan sodium (sila tanya pegawai
    farmasi anda)

   Bahan-bahan yang boleh meningkatkan tekanan darah anda (sila tanya pegawai farmasi
    anda)

   Merokok.
   Miniman beralkohol.
   Kekurangan senaman.
   Kerisauan.
   Khuatir untuk berbincang dengan doktor anda mengenai gejala-gejala penyakit atau
    masalah-masalah berkenaan ubat-ubatan.

Ingat
     Untuk selalu berunding dengan doktor anda 
      Sebelum memulakan perubatan untuk tekanan darah tinggi anda.
      Mengurangkan atau meningkatkan sukatan-sukatan ubat.
      Menukar perubatan anda.
      Memberhentikan perubatan tekanan darah anda.
Jika anda mempunyai hipertensi, runding dengan doktor atau pegawai farmasi anda sebelum mengambil rawatan perubatan untuk penyakit-penyakit yang lain memandangkan ia boleh saling tindak dengan rawatan perubatan tekanan darah tinggi anda.
Nikmati kehidupan yang normal dengan memantau dan mengawal tekanan darah tinggi dengan sempurna.

 Ya Rab, jika Engkau redha, maka hambaMu juga redha...