Assalamualaikum.
Setiap kesakitan yang Allah berikan kepada kita semua dengan kehendak dan izinNya. Kadang-kadang dengan kesakitanlah kita dapat menjadikan kita sedar akan nikmatnya sihat.Dengan kesakitan yang diberikan, Allah akan menggugurkan dosa-dosa kecil kita.
"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
"Bahkan di dalam satu lagi riwayat, Rasulullah bersabda bahawa dengan hanya tertusuk duri sekalipun, Allah bersedia untuk meninggikan darjat seseorang itu dan menghapuskan satu kesalahan dirinya.
Belajarlah menerima satu bebanan kesakitan itu dengan sebaiknya. Kerana Allah mendatangkan kesakitan itu bukan sebagai satu bebanan, pasti kita boleh bertahan kerana Allah tahun kita mampu hadapi kesakitan itu dan juga kerana Allah sayang akan hamba-hambanya.Setiap kesakitan yang kita hadapi akan mengkifarahkan dosa kita. Cuba kita perhatikan kehidupan Firaun,yang mana dia tidak pernah sakit.Allah memberikannya nikmat kesihatan bersin pon tak pernah.. Orang lain selalu sakit, Firaun tidak. Sehinggakan dia menjadi angkuh dan mengaku diri sendiri tuhan. Dengan nikmat sihat itulah Allah membinasakannya.
Kadang-kadang kesakitan yang Allah bagi adalah untuk meningkatkan martabat kita disisinya.Cuba kita perhati kisah Nabi Ayub a.s, yang mana diberikan ujian kesakitan dan Nabi Ayub tetap sabar menghadapi kesakitan tersebut. Dalam keadaan dirinya yang sakit ditambah pula dengan anak-anak serta isterinya menjauhinya dan Nabi Ayub tetap bersabar menempuh kesakitan tersebut sampailah Allah menyembuhkannya dan Allah meninggikan kedudukan Nabi Ayub disisiNya.
Kepada sahabat-sahabat yang sedang sakit,perbanyakkan selawat syifa'. Semoga ia menjadi ubat.:)
Seterusnya,
Bagaimana pula dengan sakit batin?sakit yang tidak dapat dilihat melalui luaran,Kalau kita sakit fizikal kita boleh bertemu doktor untuk meminta ubat tetapi berbeza dengan sakit batinyang berpunca dari dosa-dosa yang kita lakukan yang akhirnya mengakibatkan hati kita menjadi hitam dan keras.Apabila hati dah hitam pastu keras, of courselah susah untuk kita nk buat ibadah,:). Penyakit batin seperti dendam, dengki,menipu bongkak semuanya berpunca dari hati yang sakit. Hati yang sakit/hitam memberi kesan kepada seluruh badan.
Nabi SAW bersabda maksudnya :
"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)
Jadi,sama-samalah kita menjaga hati kita dengan sebaik mungkin.
Wallahua'lam
p/s:.. sentiasa bersama ku sehingga kini
Kenangan 2013. Dari usia 18 hingga 40 tahun.
Terima kasih ya Allah atas pemberianmu...