Saturday, 29 August 2020

PERAWATAN FISIOTERAPI
 ......hari ni 29.08.2020 sudah 6 hari on off buat rawatan fisioterapi...kesihatan mami semakin menurun 
macam2 sakit yang di adukan kepada ku...hari ni jatuh jugak airmata saat mami mengadu sakit dengan keadaan menahan sakit...semoga ada keajaiban... Allahuma aamiin...


 

Saturday, 22 August 2020

SUNTINGAN

Pemandangan waktu pagi berlatar belakangkan Gunung Kinabalu dan ladang lembu Desa Dairy Farm dari tanah tinggi Mersilau Kundasang Sabah Malaysia.



Thursday, 12 January 2017

Practice the pause

"Pause before judging. Pause before assuming. Pause before accusing. Pause whenever you're about to react harshly and you'll avoid doing and saying things you'll later regret." 

Monday, 3 October 2016

'Hujan'

Kita di temukan  saat kita sudah berpunya..
Ku rasa bersalah.. kerna hati ini mencintai..mu.. 
Bagaimana..harus aku memilikimu.. kasihku.. 
Ingin aku.. melupakan si Dia...
Tak bisa....
Ku..berjalan keseorangan di tengah hujan.. terimbas kembali kenangan.. 
bagaimana harus ku melupakan mu..   kerna aku.. memujaimu selalu.. 
Tiada terdaya ..untuk ku melupakan dirimu.. hmm..
Kini kuberdiri.. cuba memilih arah langkahku...



Saturday, 1 October 2016

EUFORIA SEMENTARA

Kau membuatku rasa.. euforia.
Sementara.. 
Siang dan malam ku jadi indah kerana kau..ada...
Kau hempas kan ku ke tepi..
Setelah saja ku jatuh hati....
Tetap ku tersenyum dan menerima saja.. karma ku ini...  
Euforia....sementara... yang kau beri... kutersenyum.. 
Kerana dah lama tak dapat ku..
Rasa cinta seindah ini....(sekuat ini)
Memang kau ku puja...
Memang kau ku damba....




Sunday, 15 May 2016

Pil tidur

Ubat tidur

Ubat tidur adalah jenis ubat atau bahan kimia yang dapat menyebabkan seseorang tenang dan tidur.
Ada beberapa jenis ubat tidur:
"Hipnotikum" (Hypnotic)
Ini merupakan ubat yang dapat membuat orang jatuh tertidur
"Ubat pembius" " (Anesthetic)
Ini merupakan ubat yang membantu orang tetap tertidur (tak terbangun semalaman).
"Ubat penenang"/"Sedatif" (Sedative;Transquilizer)
Ini merupakan ubat yang menenangkan seseorang, tanpa membuatnya tertidur.
Beberapa ubat tidur dapat bereaksi cepat, seperti 10-15 minit. Orang yang berfikir untuk mengambil ubat tidur harus mendapat kebenaran doktor, yang dapat memberikan ubat tidur terbaik.
Sebagian besar ubat tidur menyebabkanketagihan, sehingga seseorang perlu mendapat kebenaran dari doktor untuk mengambil ubat tidur. Ubat tidur jangan diminum dalam jangka panjang sebab menimbulkan ketagihan.
Orang yang biasa minum ubat tidur bisa nampak sakit dan mengantuk. Karena ubat tidur memengaruhi kemampuan untuk bereaksi, ada beberapa hal yang tidak boleh dilakukan:
Mengoperasi mesin memandu kereta Meminum minuman keras (akan menyebabkan reaksi ubat makin menjadi)
Beberapa orang ketagihan ubat tidur. Bila mencuba menghentikannya, mereka biasa mengalami hal berikut:
Insomnia (tidak boleh tidur)Gelisah (merasa takut)Sawan
Beberapa ketagihan boleh bersifat psikologis; bila penagihnya berhenti mengambil , mereka boleh merasa tertekan atau depression.

Sumber Wikipedia

Sunday, 13 March 2016

Luahan ku.. alhamdulillah...

Bismilahirahmanirahim. Sujud syukur ke hadratmu ya Allah...
Alhamdulillah dan tahniah untuk anak ibu Muhammad  Nasri yang telah berjaya dalam SPM.  Semoga istiqamah membuat segala amalan baik dan bersedia pula melangkah kedepan untuk berjaya melanjutkan pelajaran di peringkat pengajian tinggi atau dalam apa jua bidang yang diceburi. Ingatlah kejayaan hari ini adalah berkat usaha gigih, bantuan semua pihak termasuk guru2 dan mamak bapak ibu ayah@daddy  dan  keluarga dan yang paling penting rezeki dan ketentuan dari Allah SWT.  
Apa pun keputusannya yang penting pandang ke depan dan usah toleh ke belakang lagi. Mantapkan usaha dan kuatkan iltizam dan jatidiri untuk berjaya

SEMOGA KEJAYAAN SENTIASA MENGIRINGI KEHIDUPAN DI DUNIA DAN AKHIRAT BUAT ANAK ANAK IBU

     

    Anak yang selalu meminta doa dari ibunya