Friday, 18 May 2012

Mohammad Shamil Mohamed Shahari...

Mohammad Shamil Mohamed Shahari (11 may 2012)

                          Harijadi shamil 3 tahun

Alhamdulillah...11 may 2012 genap 3 tahun usia anak ku yang bongsu(ke3). Tiba-tiba pula aku teringin untuk update blog Milalove....




                                          cake tiramisu vs cup cake angry birds 



Kek tiramisu dan kek cawan angry birds(kegemaran shamil). Walaupun tidak hebat bermain permainan angry bird..




                                                  shamil dan kek tiramisu..




shamil dengan ibu

Istimewanya 11 May, Cik Noy dan seorang lagi sepupu shamil lahir pada tarikh yang sama. Dan buat pertama kalinya shamil mendapat kek harijadi...Aku..sebagai seorang ibu amat bersyukur kepada Allah SWT kerana di berikan anak-anak yang kadangkala boleh mencuit hatiku...membuat aku marah-marah sayang, buat aku rasa gembira dan bahagia....



Monday, 16 April 2012

Aku, Birai dan Akai-akai

Aku berasal dari kampung Kuala Apas,Tawau Sabah...yang penduduk asalnya adalah dari suku kaum Tidung(sebelah emak) ,cina dan lain-lain.Walaupun kampung kuala Apas belum tercemar dengan arus pembangunan,tapi kebanyakan penduduknya berfikiran kedepan seiring dengan arus pembangunan yang di perintah oleh kerajaan.

Apa yang ingin aku kongsi kan adalah hasil tepi pantai iaitu birai dan akai-akai(belum aku jumpa lagi nama saintifiknya) birai seperti gambar di atas berbentuk segitiga kipas dan akai-akai bersize kecil.Aku amat mengemari birai terutama kebong anak ku yang kedua.Istimewa nya tentang birai sepanjang tahun penduduk tempatan termasuk aku dan keluargaku dan orang dari luar akan datang mengisi waktu hujung minggu atau cuti kelepasan Am mencari birai di pantai Kuala Apas.Adakalanya si pencari birai boleh mendapat hasil hingga 50kg karung beras.Itu pengalaman yang pernah ku lalui. Ada yang mencari untuk di makan termasuk aku la...ada juga yang menjadikan birai sebagai sumber pendapatan sampingan..Bagi penduduk kampung, sungai Kuala Apas dan penduduk tepian sungai Kuala Apas amat mudah untuk menuju ketepian pantai melalui sungai hingga ke laut...apa lagi yang memiliki perahu dan kenderaan darat pun boleh di gunakan hingga ke tepi pantai iaitu masih kawasan perkampungan..Sekarang aku belum lagi menetap terus di kampung..ada kalanya aku amat merindui suasana kehidupan kampungku..

Tuesday, 3 April 2012