Sunday, 30 December 2012

UPDATE BLOG UNTUK HARI TERAKHIR PADA TAHUN 2012 via hp

Salam hari terakhir utk tahun 2012

UNTUK KELUARGA ADALAH YG TERPENTING DALAM HIDUPKU

UNTUK SAHABAT JANGAN LUPA AKU BILA SUATU SAAT KITA TERPISAH

UNTUK KAWAN2 MOHON AMPUN DAN MAAF KALAU ADA SALAH N SILAP SENGAJA ATAU TIDAK DI SENGAJAKAN

UNTUK MUSUH MAAF BILA SELAMA INI AKU SALAH DI MATAMU

UNTUK YG SYG PADAKU AKU JUA SAYANG KAMU

UNTUK YG MENYAKITIKU TERIMA KASIH KERANA AKU BELAJAR TERUS BERSABAR

UNTUK YG X KENAL TERUTAMA D FB TERIMA KASIH

UNTUK ANAK SAUDARA LELAKI N PEREMPUAN TERIMA KASIH KERANA SPORTING AUNT AKA MAKCIK KAMU LAGI SPOTING GILA

UNTUK ADIK BERADIKKU DAN SEPUPU SEPAPATKU MAAF YA KADANG KALA AKU PEDULI DAN TIDAK KISAH KERANA WALAU APA PUN AIR DI CINCANG TAK AKAN PUTUS

UNTUK IPAR DUAI TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA KERANA SENTIASA MEMAHAMI

UNTUK SUAMI TERIMA KASIH KERANA SENTIASA JADI KAULAH KAWAN KAULAH KEKASIH SEMOGA KASIH SAYANG HINGGA KE SYURGA

UNTUK IBUBAPA SIAPA LAH AKU TANPA KALIAN.MOHON JUTAAN KEAMPUNAN

UNTUK ANAK-ANAK LELAKI KU KAMU LAH KAWAN KAMULAH TEMAN KAMULAH SEGALANYA

SYUKUR  KEPADA ILAHI KERANA MEMBERI KALIAN UNTUK MEWARNAI HIDUPKU HINGGA KINI♥ @-}--v

Wednesday, 24 October 2012

persediaan sebelum raya korban(Aidiladha)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Lama jugak mila tidak update blog ni ya huhu
Sempena hari raya aidiladha(raya korban 2012)
Persediaan mila dan keluarga di kampung Tawau Sabah sederhana sahaja.
Ha..raya korban tahun ini sebelum dapat daging korban tu kena la buat ketupat ya tu sudah semestinya. Nah..jadilah mila ala-ala tarzan tidak ada sudah yang diharapkan(sibuk berkerja) untuk memanjat pokok kelapa untuk mengambil pucuk daun kelapa(dengan emak, rose dan shamil)..
Tidak sangka dalam usia 36 tahun ibu kepada 3 putera boleh juga mila memanjat pokok kelapa tu lebih kurang 10 meter..tapi guna tangga lepas tu baru bertenggek di atas pelepah tu dan mula lah mila memotong dahan daun kelapa main agak2.
Alhamdulillah berjayala mila memotong pucuk muda daun kelapa sebanyak 2 pokok. Emak mahu 3 pokok..uhh.. mila surrender, peluh tidak payah cakap mandi peluh...ha...nahas lah sepupu(cik Rose) mila menganyam sarung ketupat untuk 4 keluarga...rasanya tahun ini saja la sweet memori tu Cik Rose :) 
p/s milatidakpandaimenganyamketupattahu huhu^_^
Sedihnya Cik Noy(adik bongsu) tidak dapat balik..adik beradik yang lain belum pasti lagi..
Rasanya ini lah memori mila yang terakhir di kg batu 15 jalan apas balung tawau sabah sebelum berhijrah..
Doa mila semoga dapat balik setiap tahun InsyaAllah...
 

Friday, 12 October 2012

mila, roti canai aka roti prata

Assalamualaikum...selamat sejahtera..

Pengalaman mila hari ini bila mana kebeng(anak sulung) dari semalam hendak makan roti canai aka roti prata...ermm apa lagi mila taip dekat enjin google tu cara membuat roti canai...dah jumpa dah huhu...(nasib baik bahan-bahan encik kebeng sudah sediakan tepung khas untuk membuat roti canai beli di kedai bahan-bahan kuih)
Ingatkan senang membuat roti canai ni...senang memang senang nak buat menguli tu yang sakit tangan...3x uli pastu buat doh kecik-kecik...pastu blom boleh di makan...esok baru boleh makan...malam-malam begini rasa lapar plak story pasal roti prata:)

Wednesday, 10 October 2012

Malaysia MERCY


       Malaysia MERCY IN SABAH
 ----------->TEKAN DI SINI<----------
 

INDAHNYA KEHIDUPAN

"selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang mensia-siakan sahabat yang telah di cari"
                                
                                          'SAIDINA ALI'

mila, nor & shamil
 
mila & nor best friend forever...
cameraboy by:shamil luv
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sunday, 7 October 2012

"They say when life gives you lemon, make lemonade"

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
Di dalam dunia ni tiada yang mustahil kan...
Bak kata pepatah 'hendak seribu daya tak hendak seribu dalih'
Entry mila kali ni simple je 'ada yang kita amat banggakan dan  akan menjadikan ia sebagai sumber inspirasi'
"They say when life gives you lemon, make lemonade"
 --->Tekan sini..<---
Hafizi Harun (Kaunselor)
 

Wednesday, 3 October 2012

MILALOVE.....


''Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan''